In The Business World
Tuesday, 26 November 2013
Kisah dan Pengalaman
Bagi pengasas produk kesihatan dan kecantikan, Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim, beliau tidak pernah melupakan janji-janji yang dibuat kepada Tuhan.Malah sehingga kini, setiap malam ketika menunaikan solat tahajud, beliau masih terus berdoa tentang perkara yang sama. Berpegang kepada pepatah “Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat,’‘ Rozita tidak seperti kebanyakan wanita lain yang hanya berserah kepada nasib tetapi bangun melawan kemiskinan yang melingkungi hidupnya sehingga kini muncul sebagai antara wanita paling berjaya. Apa perasaan puan sekarang?Sebenarnya saya macam tidak percaya rezeki yang Allah beri. Tetapi jauh di sudut hati, semakin hari saya semakin takut dan berdebar. Tak tahu kenapa. Mungkin takut orang kata. Kita ini hendak mendapat sebuah kejayaan memang susah. Tetapi untuk mengekalkannya lebih susah. Mampukah saya mengekalkannya? Pernah terfikir sampai ke tahap hari ini?Tidak pernah termimpi atau terkeluar dari mulut yang saya akan ada walau RM1 juta kerana apa yang saya harapkan ialah dapat keluar daripada belenggu kemiskinan yang menyebabkan saya hidup melarat. Bagaimana puan melihat kejayaan ini?Kalau kata bersyukur ya. Tetapi hendak kata bangga tidak. Kalau sebelum ini saya belum naik, saya buat ucapan tanpa membaca skrip, tetapi bila ada cawangan begini, macam-macam bermain di fikiran. Mampukah saya mempertahankan perniagaan ini? Mampukah saya membayar hutang dan buat yang lebih baik lagi? Apa yang membimbangkan puan?Saya tidak mahu orang cakap peniaga Melayu ini `hangat-hangat tahi ayam.’ Saya juga takut saya mungkin jadi riak. Saya hendak menjadi seorang ikon. Saya pernah ditawarkan gelaran Datuk tetapi kurang berminat kerana niat saya buat bisnes, bukan hendak menjadi ahli politik atau hendak terkenal atas nama Datuk. Saya hendak orang kenal saya sebagai seorang perempuan yang susah, yang prihatin tetapi mempunyai semangat tinggi dan boleh membimbing perempuan lain melalui perniagaan Sendayu Tinggi. Usaha ini merupakan satu perjuangan?Pada saya ini satu jihad kepada diri sendiri. Pada saya, tanpa rezeki, tanpa kesihatan, kecantikan dan pelajaran, martabat itu tidak akan wujud. Dalam keluarga, saya rasa kalau suami tidak boleh pandang kita, kita pun tidak boleh menyumbang banyak kepada keluarga, saya rasa rugi hidup sebagai perempuan.Kalau perempuan zaman Rasulullah atau perempuan yang berfikiran secara kampung, mereka kata, tidak apa, suami ada, dia boleh sara, anak-anak akan beri duit. Konsep hidup saya, tidak pernah mengharapkan bila tua nanti anak-anak jaga, saya tua nanti, suami ada. Dari dulu saya tidak reti hendak meminta-minta. Dari mana puan dapat kekuatan ini?Saya pernah bercerai. Saya pernah mengalami kehidupan yang teramat susah. Tiada siapa pandang saya. Saya sendiri kata, kenapa saya mesti menjadi seorang petani? Saya rasa saya muda, bertungkus-lumus membanting tulang, bersengkang mata untuk hidup. Sampai bila saya harus begini? Mesin atau kereta sekalipun, kalau lasak sangat boleh rosak enjin. Walaupun saya tidak mempunyai pelajaran tinggi, tetapi kalau Lim Goh Thong boleh berjaya, kenapa saya tidak boleh menjadi sepertinya?Saya bertanya sampai bila hendak jadi macam ini? Hidup melarat. Apabila fikir balik, saya bersyukur kenapa saya tidak disayangi oleh orang (sebak) sebab menganggap anak perempuan membawa malang. Jika saya dimanja, dibelai, dipuja, saya tidak akan jadi seperti hari ini.Saya senang bukan kerana peninggalan harta emak ayah, bukan kerana pelajaran, bukan kerana dorongan suami tetapi kerana kekuatan jiwa sebagai seorang ibu. Saya rasa bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak. Saya tidak mahu kerana kelemahan terlalu menaruh harapan – tak mengapa, suami sara saya. Tak mengapa anak-anak akan jaga saya, akhirnya masa depan anak-anak saya gelap. Boleh gambarkan kesusahan masa lalu?Saya pernah bersalin ketika itu ada duit hanya RM1.85 sen. Saya pernah bersalin (anak ketiga) tanpa ada bidan. Lahir sendiri, tidak ada lampin. Saya tidak pernah menangis kerana miskin. Tetapi sebab anak, saya menangis. Saya miskin dan tidak makan, saya tidak hairan. Saya minta kain buruk dari rumah orang, saya kata untuk buat kain lap (kesat) kaki. Sebenarnya saya hendak balut anak saya. Basuh pinggan pakai berus sabut. Setiap kali Hari Raya, saya tidak pernah tunjuk pada emak yang saya miskin, tidak pernah balik raya. Saya beli baju lelong 50 sen untuk anak-anak.Pengalaman yang saya tidak boleh lupa ialah makanan saya kalau setakat nasi berlaukkan sayur atau tidak makan, sudah jadi macam lali, tidak rasa apa. Kalau orang tengok saya berimej korporat, sebenarnya saya tidak selesa berkawan dengan orang korporat. Saya lebih selesa berkawan dengan orang macam saya dulu. Sebab saya rasa itu adalah saya. Apa pengajaran yang puan belajar daripada pengalaman ketika hidup susah?Bila saya pernah hidup susah, orang tidak menghiraukan saya, nyawa pun tidak ada nilai, sengsara dalam usia muda, saya kata, beri masa umur saya sebelum 40 tahun, saya mesti dapat sesuatu, sekurang-kurangnya rumah sebuah, kereta dan sedikit simpanan untuk hari tua.Tetapi bila saya sudah berjaya, kalau hendak duduk senang lenang memang boleh, tetapi saya fikir balik, saya tidak boleh mengambil keputusan seperti itu, ramai perempuan lain yang boleh saya gilap. Mungkin kalau tidak jadi macam saya, dapat pendapatan antara RM50,000 atau RM100,000 sebulan pun sudah memadai. Awal tadi puan kata tiada kelulusan, bagaimana boleh mendapat kerja yang baik?Terus terang saya katakan, saya juga pernah bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat percetakan selain bekerja di hotel. Saya sebenarnya bijak semasa sekolah. Peperiksaan tidak pernah dapat lebih daripada nombor empat. Memang saya pernah tinggal di Felda tetapi selepas bercerai saya duduk di bandar. Di bandar, saya nampak saya mesti ada sesuatu untuk memajukan diri. Saya perbaiki kehidupan dengan mengambil kursus-kursus tetapi hanya di peringkat asas. Saya belajar selok-belok komunikasi dengan pelanggan dan sebagainya.Semasa bekerja sebagai pegawai pengurusan harta, saya melihat kelemahan mentaliti dan sikap orang Melayu. Saya mengkaji kelemahan mereka untuk dijadikan iktibar supaya saya tidak menjadi seperti mereka. Semasa saya minta kerja ini, saya beritahu saya pernah bekerja sekian, sekian, tetapi saya tidak bawa sijil kerana hilang. Walhal memang tiada sijil. Saya terpaksa menipu. Saya kata, beri saya peluang enam bulan. Kalau saya mampu buat kerja, ambil, jika tidak, buanglah saya. Alhamdulillah, saya dapat buktikan yang terbaik. Saya bertahan selama 10 tahun. Dalam masa yang sama, saya mula mencuba perniagaan Sendayu Tinggi. Berapa modal permulaan puan?Saya bermula dengan modal RM400, hasil gadaian barang kemas. Semasa di pengurusan harta, saya banyak terlibat di bahagian promosi dan operasi. Bila pelanggan datang, saya akan tanya, sudah kahwin ke belum atau mungkin ada masalah keluarga. Kemudian saya akan syorkan mereka menggunakan produk herba saya. Suami-suami yang datang jumpa saya selepas itu mengaku isteri mereka macam anak dara. Dari situ perniagaan saya berkembang.Kemudian saya cuba pula menjual ubat menguruskan badan. Pada awalnya tidak laku kerana saya sendiri gemuk. Apabila saya kurus, saya keluarkan gambar semasa gemuk dan tunjuk perbezaan sebelum dan selepas makan ubat. Sebenarnya saya cuba buat pinjaman bank tetapi ketika itu bank tidak layan. Alasan mereka, belum ada perniagaan herba yang berjaya di Malaysia. Saya sakit hati. Saya kata pada diri sendiri, saya akan buktikan yang saya boleh berjaya. Sebenarnya hendak berniaga kita tidak perlu ada modal banyak. Yang penting kita ada keyakinan diri,Saya tidak perlukan bank untuk berniaga. Dan saya semat dalam hati, mungkin satu hari nanti bank yang akan datang mencari saya. Betul. Sekarang semua bank cari saya. Formula kejayaan puan?Saya fokuskan minda saya dengan kata-kata. Dan saya akan berusaha ke arah itu. Falsafah hidup puan?Saya sentiasa ingat pesan bapa, jangan menipu, jangan rasuah dan jangan buat benda-benda tak elok – minum arak. Pesan saya pada diri saya – jangan riak dan takbur.
Sejarah Penubuhan Sendayu Tinggi
Kisah dan Pengalaman
Bagi pengasas produk kesihatan dan
kecantikan, Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim, beliau tidak pernah melupakan
janji-janji yang dibuat kepada Tuhan.Malah sehingga kini, setiap malam
ketika menunaikan solat tahajud, beliau masih terus berdoa tentang perkara yang
sama. Berpegang kepada pepatah “Hina besi
kerana karat, hina manusia kerana melarat,’‘ Rozita tidak seperti kebanyakan
wanita lain yang hanya berserah kepada nasib tetapi bangun melawan kemiskinan
yang melingkungi hidupnya sehingga kini muncul sebagai antara wanita paling
berjaya. Apa perasaan puan sekarang?Sebenarnya saya macam tidak percaya
rezeki yang Allah beri. Tetapi jauh di sudut hati, semakin hari saya semakin
takut dan berdebar. Tak tahu kenapa. Mungkin takut orang kata. Kita ini hendak
mendapat sebuah kejayaan memang susah. Tetapi untuk mengekalkannya lebih susah.
Mampukah saya mengekalkannya? Pernah terfikir sampai ke tahap hari
ini?Tidak pernah termimpi atau terkeluar
dari mulut yang saya akan ada walau RM1 juta kerana apa yang saya harapkan
ialah dapat keluar daripada belenggu kemiskinan yang menyebabkan saya hidup
melarat. Bagaimana puan melihat kejayaan ini?Kalau kata bersyukur ya. Tetapi
hendak kata bangga tidak. Kalau sebelum ini saya belum naik, saya buat ucapan
tanpa membaca skrip, tetapi bila ada cawangan begini, macam-macam bermain di
fikiran. Mampukah saya mempertahankan perniagaan ini? Mampukah saya membayar
hutang dan buat yang lebih baik lagi? Apa yang membimbangkan puan?Saya tidak mahu orang cakap peniaga
Melayu ini `hangat-hangat tahi ayam.’ Saya juga takut saya mungkin jadi riak.
Saya hendak menjadi seorang ikon. Saya pernah ditawarkan gelaran Datuk tetapi
kurang berminat kerana niat saya buat bisnes, bukan hendak menjadi ahli politik
atau hendak terkenal atas nama Datuk. Saya hendak orang kenal saya sebagai
seorang perempuan yang susah, yang prihatin tetapi mempunyai semangat tinggi
dan boleh membimbing perempuan lain melalui perniagaan Sendayu Tinggi. Usaha ini merupakan satu perjuangan?Pada saya ini satu jihad kepada diri
sendiri. Pada saya, tanpa rezeki, tanpa kesihatan, kecantikan dan pelajaran,
martabat itu tidak akan wujud. Dalam keluarga, saya rasa kalau suami tidak
boleh pandang kita, kita pun tidak boleh menyumbang banyak kepada keluarga,
saya rasa rugi hidup sebagai perempuan.Kalau perempuan zaman Rasulullah
atau perempuan yang berfikiran secara kampung, mereka kata, tidak apa, suami
ada, dia boleh sara, anak-anak akan beri duit. Konsep hidup saya, tidak pernah
mengharapkan bila tua nanti anak-anak jaga, saya tua nanti, suami ada. Dari
dulu saya tidak reti hendak meminta-minta. Dari mana puan dapat kekuatan ini?Saya pernah bercerai. Saya pernah
mengalami kehidupan yang teramat susah. Tiada siapa pandang saya. Saya sendiri
kata, kenapa saya mesti menjadi seorang petani? Saya rasa saya muda,
bertungkus-lumus membanting tulang, bersengkang mata untuk hidup. Sampai bila
saya harus begini? Mesin atau kereta sekalipun, kalau lasak sangat boleh rosak
enjin. Walaupun saya tidak mempunyai pelajaran tinggi, tetapi kalau Lim Goh
Thong boleh berjaya, kenapa saya tidak boleh menjadi sepertinya?Saya bertanya sampai bila hendak
jadi macam ini? Hidup melarat. Apabila fikir balik, saya bersyukur kenapa saya
tidak disayangi oleh orang (sebak) sebab menganggap anak perempuan membawa
malang. Jika saya dimanja, dibelai, dipuja, saya tidak akan jadi seperti hari
ini.Saya senang bukan kerana peninggalan
harta emak ayah, bukan kerana pelajaran, bukan kerana dorongan suami tetapi
kerana kekuatan jiwa sebagai seorang ibu. Saya rasa bertanggungjawab terhadap
masa depan anak-anak. Saya tidak mahu kerana kelemahan terlalu menaruh harapan
– tak mengapa, suami sara saya. Tak mengapa anak-anak akan jaga saya, akhirnya
masa depan anak-anak saya gelap. Boleh gambarkan kesusahan masa lalu?Saya pernah bersalin ketika itu ada
duit hanya RM1.85 sen. Saya pernah bersalin (anak ketiga) tanpa ada bidan.
Lahir sendiri, tidak ada lampin. Saya tidak pernah menangis kerana miskin.
Tetapi sebab anak, saya menangis. Saya miskin dan tidak makan, saya tidak
hairan. Saya minta kain buruk dari rumah orang, saya kata untuk buat kain lap
(kesat) kaki. Sebenarnya saya hendak balut anak saya. Basuh pinggan pakai berus
sabut. Setiap kali Hari Raya, saya tidak pernah tunjuk pada emak yang saya
miskin, tidak pernah balik raya. Saya beli baju lelong 50 sen untuk anak-anak.Pengalaman yang saya tidak boleh lupa
ialah makanan saya kalau setakat nasi berlaukkan sayur atau tidak makan, sudah
jadi macam lali, tidak rasa apa. Kalau orang tengok saya berimej korporat,
sebenarnya saya tidak selesa berkawan dengan orang korporat. Saya lebih selesa
berkawan dengan orang macam saya dulu. Sebab saya rasa itu adalah saya. Apa pengajaran yang puan belajar
daripada pengalaman ketika hidup susah?Bila saya pernah hidup susah, orang
tidak menghiraukan saya, nyawa pun tidak ada nilai, sengsara dalam usia muda,
saya kata, beri masa umur saya sebelum 40 tahun, saya mesti dapat sesuatu,
sekurang-kurangnya rumah sebuah, kereta dan sedikit simpanan untuk hari tua.Tetapi bila saya sudah berjaya,
kalau hendak duduk senang lenang memang boleh, tetapi saya fikir balik, saya
tidak boleh mengambil keputusan seperti itu, ramai perempuan lain yang boleh
saya gilap. Mungkin kalau tidak jadi macam saya, dapat pendapatan antara
RM50,000 atau RM100,000 sebulan pun sudah memadai. Awal tadi puan kata tiada kelulusan,
bagaimana boleh mendapat kerja yang baik?Terus terang saya katakan, saya juga
pernah bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat percetakan
selain bekerja di hotel. Saya sebenarnya bijak semasa sekolah. Peperiksaan
tidak pernah dapat lebih daripada nombor empat. Memang saya pernah tinggal di
Felda tetapi selepas bercerai saya duduk di bandar. Di bandar, saya nampak saya
mesti ada sesuatu untuk memajukan diri. Saya perbaiki kehidupan dengan
mengambil kursus-kursus tetapi hanya di peringkat asas. Saya belajar selok-belok
komunikasi dengan pelanggan dan sebagainya.Semasa bekerja sebagai pegawai
pengurusan harta, saya melihat kelemahan mentaliti dan sikap orang Melayu. Saya
mengkaji kelemahan mereka untuk dijadikan iktibar supaya saya tidak menjadi
seperti mereka. Semasa saya minta kerja ini, saya beritahu saya pernah bekerja
sekian, sekian, tetapi saya tidak bawa sijil kerana hilang. Walhal memang tiada
sijil. Saya terpaksa menipu. Saya kata, beri saya peluang enam bulan. Kalau
saya mampu buat kerja, ambil, jika tidak, buanglah saya. Alhamdulillah, saya
dapat buktikan yang terbaik. Saya bertahan selama 10 tahun. Dalam masa yang
sama, saya mula mencuba perniagaan Sendayu Tinggi. Berapa modal permulaan puan?Saya bermula dengan modal RM400,
hasil gadaian barang kemas. Semasa di pengurusan harta, saya banyak terlibat di
bahagian promosi dan operasi. Bila pelanggan datang, saya akan tanya, sudah
kahwin ke belum atau mungkin ada masalah keluarga. Kemudian saya akan syorkan
mereka menggunakan produk herba saya. Suami-suami yang datang jumpa saya
selepas itu mengaku isteri mereka macam anak dara. Dari situ perniagaan saya
berkembang.Kemudian saya cuba pula menjual ubat
menguruskan badan. Pada awalnya tidak laku kerana saya sendiri gemuk. Apabila
saya kurus, saya keluarkan gambar semasa gemuk dan tunjuk perbezaan sebelum dan
selepas makan ubat. Sebenarnya saya cuba buat pinjaman bank tetapi ketika itu
bank tidak layan. Alasan mereka, belum ada perniagaan herba yang berjaya di
Malaysia. Saya sakit hati. Saya kata pada diri sendiri, saya akan buktikan yang
saya boleh berjaya. Sebenarnya hendak berniaga kita tidak perlu ada modal
banyak. Yang penting kita ada keyakinan diri,Saya tidak perlukan bank untuk
berniaga. Dan saya semat dalam hati, mungkin satu hari nanti bank yang akan
datang mencari saya. Betul. Sekarang semua bank cari saya. Formula kejayaan puan?Saya fokuskan minda saya dengan
kata-kata. Dan saya akan berusaha ke arah itu. Falsafah hidup puan?Saya sentiasa ingat pesan bapa,
jangan menipu, jangan rasuah dan jangan buat benda-benda tak elok – minum arak.
Pesan saya pada diri saya – jangan riak dan takbur.
francais bagi produk kecantikan (SENDAYU TINGGI)
Bagi pembaca-pembaca yang dikasihi..korang jangan ingat hanya makanan sahaja yang boleh di francaiskan tau,tapi produk kecantikan pun boleh
Mai semua cheq nak cerita sikit
ni....pasal produk kecantikan Sendayu TinggiApabila menyebut tentang Sendayu
Tinggi, pasti ramai terfikir bahawa jenama ini nampak eksklusif, maka harganya
juga sudah pasti mahal. Namun, sebaliknya, produk Sendayu Tinggi adalah
berpatutan dan sesuai bagi golongan pertengahan.Sementara itu, mengulas tentang
persaingan antara pengusaha produk kosmetik lain, katanya, dia mengambilnya
sebagai persaingan sihat. Malah, dia tidak akan sekali-kali meniru produk orang
lain.“Kami tidak perlu meniru produk lain
kerana kami mempunyai identiti dan formula tersendiri. Saya sendiri sangat
mengagumi teknologi kecantikan dari Jepun, Jerman dan perubatan tradisional
Ayur Veda,” katanya. Mai semua cheq nak cerita sikit
ni....pasal produk kecantikan Sendayu TinggiApabila menyebut tentang Sendayu
Tinggi, pasti ramai terfikir bahawa jenama ini nampak eksklusif, maka harganya
juga sudah pasti mahal. Namun, sebaliknya, produk Sendayu Tinggi adalah
berpatutan dan sesuai bagi golongan pertengahan.Sementara itu, mengulas tentang
persaingan antara pengusaha produk kosmetik lain, katanya, dia mengambilnya
sebagai persaingan sihat. Malah, dia tidak akan sekali-kali meniru produk orang
lain.“Kami tidak perlu meniru produk lain
kerana kami mempunyai identiti dan formula tersendiri. Saya sendiri sangat
mengagumi teknologi kecantikan dari Jepun, Jerman dan perubatan tradisional
Ayur Veda,” katanya. Pengasas
Produk Sendayu Tinggi
Profil SyarikatPengasasRozita IbrahimTahun ditubuhkan1999Pekerja501-1000 orangPendapatanRM 1,000,000Jenis BisnesExporters, Importers, ManufacturersProduk
Herbal Supplement, Nutritious
Beverages, Skincare, Cosmetics, Slimming Product, Aromatherapy
Monday, 25 November 2013
Hot Burger "HARGA KAKI LIMA,RASA BINTANG LIMA"
Untuk pengetahuan para pembaca semua..Hot Burger yang mana pengasasnya merupakan pelakon terkenal iaitu Fizo Omar turut menawarkan perniagaan francais terutamanya bagi belia-belia yang macam kita ni hehheeheh...... Fizo Omar Ajak Belia Jual Burger Tanpa Modal Fizo memberitahu dia tidak menawarkan peluang pekerjaan tetapi membuka peluang perniagaan kepada mereka yang benar-benar berminat.PETALING JAYA: Pelakon kacak, Fizo Omar menjelaskan penglibatannya dalam perniagaan penjualan burger sejak beberapa bulan lalu bukan hanya bagi kepentingan sendiri tetapi berhasrat ingin membantu golongan muda. Fizo, 27, berkata, menerusi perniagaan Hot Burger itu, dia membuka peluang perniagaan kepada mereka yang benar-benar berminat tanpa perlu mengeluarkan modal. "Idea ini timbul apabila saya dan beberapa rakan menganjurkan Program Sahabat Belia pada awal tahun lalu dan memikirkan apa cara yang sesuai dan mudah untuk membantu golongan muda terlibat dalam perniagaan. "Kami memilih menjual burger kerana ia mudah disediakan dan digemari ramai selain dapat memberi pulangan yang lumayan," jelasnya kepada mStar Online. Tambah Fizo, buat masa ini belia yang berminat untuk berniaga akan diberikan gerai serta keperluan untuk memasak burger selain latihan pengendalian sebagai persediaan. "Kita akan sediakan segala-galanya untuk mereka bagi memulakan perniagaan cuma mereka perlu membawa semangat dan minat," katanya. Dalam pada itu, Fizo berkata, setakat ini hampir 30 gerai telah mula beroperasi di sekitar Lembah Klang dan menyasarkan 100 buah gerai lagi dalam waktu terdekat. Menggunakan tagline Harga Kaki Lima, Rasa Bintang Lima, Fizo berkata, ada di antara peniaga yang telah mula menunjukkan kemajuan apabila memperoleh pendapatan bersih di antara RM2,000 ke RM10,000 sebulan. "Kita tidak akan ambil apa-apa imbuhan daripada mereka dan hasil yang diterima adalah seratus peratus milik mereka dan selain kita memberikan latihan, uniform turut disediakan selain memantau dan membantu mereka menyelia akaun supaya ia berjalan dengan baik," katanya. Sementara itu, Fizo berkata, keuntungan syarikatnya itu hanya bergantung melalui pembekalan bahan-bahan membuat burger kepada gerai-gerai burger yang mengambil bahagian dalam program itu. Melalui dua lagi rakan kongsinya iaitu, Rizal Musa, 30, dan Asri Hamid, 34, yang sememangnya arif dalam perniagaan burger, Fizo berharap perniagaan itu akan diperluaskan di seluruh negara suatu hari nanti. "Buat masa ini kita menyasarkan sekitar Lembah Klang namun adalah menjadi harapan kami ia akan diperluaskan di seluruh negara dan menjadi jenama pilihan," jelasnya. Antara jenis burger yang dijual di Hot Burger adalah seperti burger ikan, unta, arnab, rusa, burung unta, daging dan ayam. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program tersebut boleh menghubungi Asri Hamid di talian 011-1929 9990 untuk keterangan lanjut
Pengasas Nasi Lemak Antarabangsa
Haa inilah dia pengasas restoran
Nasi Lemak Antarabangsa yang terkenal tu,nama beliau ialah Puan Normi Tandoh.
Kalau-kalau korang berminat untuk membuka francais Nasi Lemak Antarabangsa
ni,korang boleh la contact nombor yang berkenaan :
Pengasas, Puan. Normi Tandoh Haji
Mazlan and Co. Encik. Saiful Azli Sufian Encik. Hafez from OK Traders Encik.
Ameer Khan from Capital Magna Shaha Corporation Management & team Shaha
Resources Sdn. Bhd.Konsep dan komunikasi Mr. Kamarul Baharin Hj Khalid Encik.
Zul Fadzli Encik. Khirzeri Ahmad Encik. Hasnan Hamzah Encik. George Miranda Red
Snaper Sdn. Bhd.Nasi Lemak Antarabangsa (Kg Baru), Kuala Lumpur4 Jalan Raja
Muda Musa, Kampung Baharu, 50300 Kuala Lumpur, MalaysiaPhone: +603 2202 8812
Fax : +603 6204 5688
Menu-Menu Nasi Lemak Antarabangsa
Haa kat sini saya ada sertakan menu-menu yang di tawarkan oleh francais ni....jangan terliur pulaa hehehheh
- Nasi lemak Biasa (Di hidang bersama
Sambal, Kacang,Ikan Bilis, timun dan telur)
- Nasi lemak paru goreng
- Nasi lemak sambal kerang
- Nasi lemak sambal sotong
- Nasi lemak sambal udang petai
- Nasi lemak ayam goreng berempah
- Nasi lemak rendah ayam
- Nasi lemak ayam masak merah
- Nasi lemak rendang daging
- Menu lain[sunting | sunting sumber]
-
- Nasi Lemak Antarabangsa juga
menyediakan menu masakan lain, seperti:-
- Sup[sunting | sunting sumber]
- Sup Tulang rawan
- sup bebola ikan
- Mee[sunting | sunting sumber]
- Mee Goreng
- Kuey Teow Goreng
- Kuey Teow sup bebola ikan
- Mee rebus
- Mee kari
- Laksa
Subscribe to:
Posts (Atom)