Hot Burger "HARGA KAKI LIMA,RASA BINTANG LIMA"


Untuk pengetahuan para pembaca
semua..Hot Burger yang mana pengasasnya merupakan pelakon terkenal iaitu Fizo
Omar turut menawarkan perniagaan francais terutamanya bagi belia-belia yang
macam kita ni hehheeheh...... Fizo Omar Ajak Belia Jual Burger
Tanpa Modal Fizo memberitahu dia tidak
menawarkan peluang pekerjaan tetapi membuka peluang perniagaan kepada mereka
yang benar-benar berminat.PETALING JAYA: Pelakon kacak, Fizo
Omar menjelaskan penglibatannya dalam perniagaan penjualan burger sejak
beberapa bulan lalu bukan hanya bagi kepentingan sendiri tetapi berhasrat ingin
membantu golongan muda. Fizo, 27, berkata, menerusi
perniagaan Hot Burger itu, dia membuka peluang perniagaan kepada mereka yang
benar-benar berminat tanpa perlu mengeluarkan modal. "Idea ini timbul apabila saya
dan beberapa rakan menganjurkan Program Sahabat Belia pada awal tahun lalu dan
memikirkan apa cara yang sesuai dan mudah untuk membantu golongan muda terlibat
dalam perniagaan. "Kami memilih menjual burger
kerana ia mudah disediakan dan digemari ramai selain dapat memberi pulangan
yang lumayan," jelasnya kepada mStar Online. Tambah Fizo, buat masa ini belia
yang berminat untuk berniaga akan diberikan gerai serta keperluan untuk memasak
burger selain latihan pengendalian sebagai persediaan. "Kita akan sediakan
segala-galanya untuk mereka bagi memulakan perniagaan cuma mereka perlu membawa
semangat dan minat," katanya. Dalam pada itu, Fizo berkata,
setakat ini hampir 30 gerai telah mula beroperasi di sekitar Lembah Klang dan
menyasarkan 100 buah gerai lagi dalam waktu terdekat. Menggunakan tagline Harga Kaki Lima,
Rasa Bintang Lima, Fizo berkata, ada di antara peniaga yang telah mula
menunjukkan kemajuan apabila memperoleh pendapatan bersih di antara RM2,000 ke
RM10,000 sebulan. "Kita tidak akan ambil apa-apa
imbuhan daripada mereka dan hasil yang diterima adalah seratus peratus milik
mereka dan selain kita memberikan latihan, uniform turut disediakan selain
memantau dan membantu mereka menyelia akaun supaya ia berjalan dengan
baik," katanya. Sementara itu, Fizo berkata,
keuntungan syarikatnya itu hanya bergantung melalui pembekalan bahan-bahan
membuat burger kepada gerai-gerai burger yang mengambil bahagian dalam program
itu. Melalui dua lagi rakan kongsinya
iaitu, Rizal Musa, 30, dan Asri Hamid, 34, yang sememangnya arif dalam
perniagaan burger, Fizo berharap perniagaan itu akan diperluaskan di seluruh
negara suatu hari nanti. "Buat masa ini kita menyasarkan
sekitar Lembah Klang namun adalah menjadi harapan kami ia akan diperluaskan di
seluruh negara dan menjadi jenama pilihan," jelasnya. Antara jenis burger yang dijual di
Hot Burger adalah seperti burger ikan, unta, arnab, rusa, burung unta, daging
dan ayam. Kepada sesiapa yang berminat untuk
menyertai program tersebut boleh menghubungi Asri Hamid di talian 011-1929 9990
untuk keterangan lanjut
No comments:
Post a Comment