Sunday, 24 November 2013

Kelebihan Francais

Kelebihan menjalankan perniagaan secara francais adalah perniagaan dan jenama sesuatu syarikat (francaisor) dapat diperluaskan melalui pihak ketiga (francaisi) yang akan melaburkan sumber-sumber seperti modal kewangan, masa dan tenaga.

  • Seseorang francaisi akan menguruskan perniagaan dengan lebih baik berbanding seorang pekerja kerana mereka mempunyai kepentingan secara langsung di dalam perniagaan tersebut.
  • Kerjayaan francaisi mencerminkan kejayaan francaisor dan sebaliknya.
  • Sistem operasi dan kawalan yang seragam.
  • Mekanisme yang berkesan bagi menembusi pasaran.
  • Berkembang dengan menggunakan modal yang kurang.
  • Alternatif kepada membuka cawangan sendiri (kos yang lebih tinggi dan masa yang lebih panjang)
  • Berkongsi risiko dan tanggungjawab.
  •  'ECONOMIES OF SCALE' peningkatan dalam pengeluaran.
  • Struktur pengurusan yang terkawal - pengurusan dilakukan oleh usahawan (francaisi yang melabur dan oleh itu akan lebih komited daripada yang digajikan.



No comments:

Post a Comment