Francais Perniagaan Berbentuk Makanan (Nasi Lemak Antarabangsa)
SEJARAH PENUBUHAN
1970-an
Pada tahun 1973, Puan Normi Tandoh, pengasas perniagaan Nasi Lemak Antarabangsa
mengambil langkah memulakan perniagaan nasi lemak di Kampung Baru yang ketika
itu merupakan kawasan perumahan orang Melayu. Bermula dengan menanak beberapa
kilogram beras, perniagaannya terus berkembang dari setahun ke setahun.
1980-an
Dari menanak kira-kiri 5 kilogram beras sehari pada awal 70-an, Puan Normi
perlu memasak sehingga 50 kilogram beras sehari untuk memenuhi permintaan
pelanggan yang semakin mengenali kedainya. Keenakan nasi lemak Puan Normi terus
mendapat sambutan masyarakat pelbagai kaum yang membuka hati ibu kepada enam
anak itu untuk menamakan gerainya Nasi Lemak Antarabangsa. Nama itu dipilih
bagi menghargai seorang juruterbang MAS ketika itu yang gemar membeli nasi
lemak tersebut untuk dibawa ke luar negara setiap kali dia bertugas.1990-an Keenakan nasi lemak Normi mula
mendapat perhatian media apabila Harian Metro menjadi akhbar pertama menulis
mengenai kehebatan Nasi Lemak Antarabangsa. Sejak itu, nama Nasi Lemak
Antarabangsa bukan saja terus tersebar menerusi buah mulut orang ramai tetapi
juga menerusi liputan media cetak dan eletronik.
Tahun 1990-an juga menyaksikan perubahan drastik dalam waktu perniagaan Puan
Normi. Sejak memulakan perniagaaan pada tahun 1973, beliau mula berniaga dari
pukul 6 pagi hingga sebelum tengahari. Tetapi atas permintaan para
pelanggannya, pada bulan Ramadhan 1994, beliau telah mengubah waktu perniagaan
dari 6 petang sehingga 10 malam yang kemudiannya dilanjutkan ke pukul 11 pagi keesokan
harinya.
Tahun 2000
Alaf baru membawa banyak pembaharuan kepada perniagaaan Puan Normi. Namun abad
ke-21 itu bermula dengan kemerosotan perniagaannya berikutan pembukaan
Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan menyebabkan ramai kakitangan
kerajaan tidak lagi datang ke gerainya.
Namun lapan tahun memasuki alaf baru, beliau menyaksikan sendiri sesuatu yang
tidak pernah diimpikannya, pembukaan sebuah restoran Nasi Lemak Antarabangsa
berkonsepkan kafe. Tarikh bersejarah, 22 Disember 2008, restoran sulung Nasi
Lemak Antarabangsa yang terletak di Danau Kota dirasmikan oleh Yang Berhormat
Datuk Noh bin Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Alaf baru 2000

No comments:
Post a Comment