Sunday, 24 November 2013

Kelebihan Kepada Francaisor

  • Menerusi rangkaian sistem francais, francaisor dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan operasi dan menikmati skala ekonomi melalui pembelian secara pukal serta perkongsian kos pengiklanan dan promosi secara berpusat. Ini memungkinkan rangkaian berkenaan menawarkan harga barangan yang lebih kompetitif serta melaksanakan aktiviti pengiklanan dan promosi dengan lebih agresif;
  • Francais juga memungkinkan francaisor menembusi pasaran yang luas dengan lebih cepat dan efektif (termasuk pasaran luar negara) tanpa melibatkan modal yang besar, kerana sebahagian besar pelaburan ditanggung oleh francaisi;
  • Menerusi francais juga, francaisor dapat menikmati rangkaian pemasaran produk dan perkhidmatannya yang lebih besar serta memungkinkan peningkatan pengeluaran dan pengedaran yang lebih pesat;
  • Melalui sistem francais, francaisor juga dapat mengelak daripada mengadakan struktur kakitangan yang besar, termasuk membayar gaji pengurus dan kakitangan cawangan yang ramai. Tempat mereka diganti dengan francaisi-francaisi yang merupakan pemilik dan pengusaha perniagaan mereka sendiri yang pastinya mempunyai motivasi dan semangat juang yang lebih tinggi;
  • Menerusi sistem itu, francaisor dapat memindahkan sebahagian tanggungjawab menjalankan kajian berdaya maju, pemilihan lokasi, latihan kakitangan, pengiklanan tempatan dan lain-lain kerenah pentadbiran kepada pemilik dan pengusaha tempatan, iaitu francaisi.



5 comments: